Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Tuesday, February 1, 2011

wadda gloomy day

weekend yang indah.really.

credit to google :)
Hujan non stop turun dari pagi sampai ke petang. continues sampai ke malam. So, tidur adalah aktiviti terbaik memandangkan segala urusan seharian tergendala. for surela the best thing to do is stay warm inside the house. Alhamdulillahhhh. hujan rahmat.jadi perlu bersyukur. hikhik *kalo ginilah gayanya,memang otak kau lembab lame2 weyh* :D

Hari ni penghujung kpd bulan january, aku & rakan2 habiskan duit tenaga dengan aktiviti site visit kat depan masjid wilayah tuh. sepatutnyalahhhh, namun atas2 sebab2 tertentu, aktiviti yang dirancang tak dapat dilakukan secara menyeluruh. tapi x pe. konon demi nak mengubati hati yang luka lara, setelah digoda setan dalam kepala, maka berangkatlah kami ke BB. wahhhh, cuci mata la kan. last2 dapat dosa. memang kaki sosial la kau orang.hoho  

jadik setelah puas beronggeng dapat dosa usha minah arab + jumpa marsha milan london (ex awek aku tuh), maka pulanglah segera kami ke rumah sewa. lenguhhh kot. jadi pulang ke rumah sewa dengan segera untuk menunton ceghita 127 hours. hoyeahh hoyeahh.


memang ngeri tahap gaban la bile scene die potong die punye tangan. taubat taubat. jadi sesapa yg xtau sinopsis ceghita ni,sila google sndrik.  bagi sesape yg agak2 x cukop tabah, anda dinasihatkan agar tidak menonton filem ini seorang diri. terima kasih 

3.oo am in the morning now. so, i should  stop now bebel yada yada yada.aniway, selamat menyambut hari wilayah yo! nite 

credit to fotosyndical.com :)




Wednesday, January 26, 2011

Quick Update

Peace be upon u! hallo. 

Silent reader - title yg mungkin lebih seswai for the time being. x seronok menulis, tp seronot seronot ya bace blog rakan2. bukan stalker ya.ingat aku ni jahat sgt ke asik stalk people. ini hanyalah quick update, jadi perlu ringkas padat berinformasi berilmiah dan segala ber ber-lahhhh. 

sebagai pelajar mmg heavenlah biler hari rabu diisyhtiharkan bhw sebagai hari cuti untuk fak kami. yehuuuuu. jadi perasaan malas untuk bangun awal memang sengaja dididik semenjak awal semester. tapi malangnya untuk ini hari, fak plak rajin sgt wat modul apekejadah sume tu. jadi terpakse juga pergi modul dengan mata yg sembab disebabkan malam tadi tido lewat. (padan muke!)

Untuk menambah miserable dalam paleotak, tetiba teringat alamak upcoming test on thursdayy! jadi harapan nak mengarang karangan sepanjang 999999 patah perkataan bersamaan 16 mukasurat terbantut begitu saje. adoiiii. 




Reminder di atas secara x langsung membantu aku mengawal masa. x der r 24/7 menyembah laptop online, stalk kawan2, maen game, makan etc. hoho.jadi apelagi x paham2, study study. :)


adious,syafiqrahim.

Sunday, January 9, 2011

Ich Liebe Dich :)

Excited tak terkira bila tahu sem ni akan start belajar third language. memang excited kelas pertama. excited punya excited duk lepak kat koridor, sampai x perasan lecturer da masuk. akhirnya 10minit afta lecturer da masuk start buat briefing, barulah kami perasan class da mula. lebih menyayat hati, terpaksa duduk line paling depan sebab line belakang sume da penuh. hoho.

First class memang lecturer x mula ngajar sgt, jadi lecturer pun ambil jalan mudah dengan mengomel bla bla bla yada yada yada itu ini itu ini, tapi aku memang have fun la class german ni. da bajet berangan angan siaplah satu hari nanti aku da kaya, aku nak p germany stay 2 3 minggu. cewahhhh :))

sumber: google. 

Sumpah sekarang ni aku da kurangkan habit on9 kat fb, maka blog ini secara automatiknya akan terbengkalai jugaklah. konon azam tahun baru 2011 da sematkan dalam dada. *ceih berkobar kobar* 

jadik, adiouss :)) next entry aku introduce lagik pasal bahase germany ni, boleh la korg tau sikit2 an.



Thursday, December 23, 2010

The choosen one :)

peace be upon u! :)


Disebabkan sekarang musim tengkujuh. maka bertimbun timbunlah aktiviti kebiasaan tergendala. sebagai seorang anak, seorang student yang bajet mengamalkan aktiviti sihat dengan berbasikal di petang hari, maka aku begitu & tersangatlah kecewa. (bajet fit, tapi makan tah pape kan). haha. jangan ditangisi rahmat Tuhan. jangan begitu gedik ye weyh. bile panas membahang, harapkan agar hari hujan. tapi bila da hujan gini memanjang, nak kan pula supaya mentari muncul.

korang bayangkan aku begini.seperti die. mantap kan? hikhik
sumber: klik di sini :)

Nasihat kepada adik adik diluar sana, jangan girang sangat bermain hujan. kelak merana diri ohhhh. Lupakan soal cuaca yang tak menentu dan lupakan juga ingatan kita kepada adik adik yang bermain hujan sebentar tadi, mari kita bercerita perihal yang lain pula.


selain melakukan aktiviti yang dinyatakan seperti yang tertera seperti perenggan di atas, aktiviti seharian aku tidak hanya tertakluk hanya makan dan minum serta membesarkan punggung pipi, malah aku juga secara tidak langsung bergiat secara underground melatih sepupu aku bagi memantapkan skil skil pemanduan beliau. jangan terkentut mahupun terkejut kerana bukan calang calang orang dipilih menggalas tugas tersebut. malah audition telah diadakan secara serentak di seluruh negara. dan akhirnya, aku telah terpilih. keh keh keh. *temberang lah ko* jadi secara samar samarnya dapatlah korang bajet kan aktiviti masa senggang aku time cuti sem ni. so, tak de la aku membabi buta menyemai tahi mata tatkala seharian dirumah. 

salah satu contoh aktiviti kurang sihat. 


sembang punyer sembang, secara sedar ataupun separa sedar, harini da masuk 23hb. bermakna cuti sem aku berbaki 10-13 hari lebih kurang. (maaf, aku fail bab mencongak). teeheehee. tak dapat menerima hakikat bahawa selepas ni dah kena menghadap buka, busy settlekan assingment, dating dating. hoho. 


apa apapun azam 2010 compeletely x tercapai. nampak sangat hangat hangat najis ayam. jadi untuk yang akan datang. bagaimana? aku secara semangatnya da catit itu dan ini konon konon nak jadikan sebagai azam 2011 punyer, tapi kite tengokla nanti. teeheehee.




Wednesday, December 22, 2010

bedtime stories :)

kepenatan & juga keletihan.
pancit.
tapi...
berada di rumah adalah satu kepuasan.
kecil yang cantik, sederhana yang mewah.
:)



esok ada tugas yang harus dilaksanakan.
bangun awal itu mesti. wajib.

#
#

kepada kamu.
kamu perlu tahu ini.
*saya disini sentiasa merindui anda disana*
harap anda begitu juga!

Identiti 'kamu' terpaksa dirahasiakan. 


take care.
selamat malam.






Friday, December 17, 2010

mainan tidur

mari kita lihat, apkah yg dimaksudkan dengan mimpi itu. mimpi ialah sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm tidur. banyak jenis juga mimpi ini, contohnya mimpi basahla, mimpi kering, mimpi separuh basah, mimpi separuh kering, mimpi manis, mimpi masam, mimpi pahit. dan segala jenis mimpilah. teeheee.


tapi lately aku pelik, asal aku asyik diganggu oleh mimpi yg same (ceh bunyik mcm serius konon). aku tau mimpi tuh sume mainan syaitan yang nak sesatkan aku. hoho. dalam hati memohon gak pada Allah agar tak terjadi yang bukan2 kan kan kan? sebab aku ada terbace macam2 ramalan dalam internet ni, ada tafsiran yang menakutkan. scaryyyy weyh. ada plak yang baik maknenye.ntahla, aku pun x nak ler percaye bulat2 pada ramalan dan tafsiran segala macam. (tulah kuat tidor macam badak sumbu lagik!) :)

mimpi yang aku alami ni bukanlah mimpi burok, alhamdulillah mimpi yang baik. tapi aku macam semangat nak tau ape makne disebalik mimpi tuh. hehe aniway lantak p la. watpe nak serabot robot dalam hal ni. banyak lagi hal2 yang aku leh kecoh2. tapi best gak kalo jadik betol2 macam citer bedtime stories tuh. fuhh giler gempak weyhh. adventure giler berlakon nagn adam sandler.





pssst: mimpi jadi david villa, azizulhasni awang ke cantik gak kan? teeeheee *gler perasan la woii*
psssst: walhal kau memang kuat bermimpi la peshang oiii :p

Saturday, December 4, 2010

minyak naik vs naik minyak

so here the goes called sambungan kepada entry dibawah. :)

ps: entry dibawah terpaksa diberhentikan setakat begitu sahaja kerana excited cerita feveret game show korea da start. so, cepaat2 publish. suppose to be boleh save n sambung balik pas abes citer tu bukan, tapi teruja krn da lame x berblogging, so aku terus publishh. 

semalam sblm tidor rasenya macam banyak nak tulis, tapi tetibe blur pagi2. terus lupe nak cakap ape. agaknye penangan x gosok gigi terus minum teh tarik. kemungkinan besar!

hurmmm hurmmm hurmmm

oh, da ingat! sebab kelmarin time konvo tak dapt nak jumpe n wish tengs kat sume member, jadi aku wish disini je la kan. mati la kalo aku wish sorang2 kat fb. :) untuk rakan2, sahabat2, kawan2. aku berbangga diberi peluang mengenali anda. pengalaman yang ada x mungkin akan dilupakan kerana anda penghibur aku. sungguh berharga & x mungkin ianya kan berulang semula. sob sob (wat2 sdey). ok, sukup2 la tu kan bermain dengan air mata. HAHA

*
*

terus pikir, nak citer aape lagi kan di pagi weekend yang indah ini. agaknya lagi bagus tidur berselubung selimut tebal memandangkan hujan renyai-renyai. tapi apakan daya, mood tidur da hilang ntah kemana selepas semua sedara mara datang berkumpul dirumah.aku kena la tunjukkan akhlak serta budi pekerti sebagai tuan rumah bangun awal, buat sarapan, sapu sampah, basuh baju, mandikan anak, siram pokok bunga. ok itu tipu. :)

*
*

ni baru aku nak start citer berkaitan dengan tajuk entry di atas. 

nampaknye pelbagai reaksi aku tengok, mostly mengutuk marah kerana harga minyak da naik, tapi apakan daya, kita bising-bising pun, harga minyak tetap akan naik. jadi nasihat saya, gunakanlah minyak rambut sebagai ganti kepada bahan bakar. :) 

jadi secara automatisnya, apabila semua ini terjadi maka dengan segala hormatnya harga barang2 mentah juga akan naik. x gitu? alamak, mak abah jangan la hendaknya dikurangkan perbelanjaan saya. plissss. 
*sambil wat muke comel macam nak kena pijak2*


ps: selamat beristirehat peeps! jangan naik minyak sudahla :)