Showing posts with label lima bintang. Show all posts
Showing posts with label lima bintang. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

Gelora di Bung Karno - garuda dibaham harimau.

aummm aummm..

pedih? ohh sape yang x pedih dan sedih kan? hoho.. jadi adat pertandingan, ada kalah ada menang. gembira excited happy puashati padan muka kau sume disatukan jadi satu diatas kemenangan Harimau Malaya. well done! mantap mantop mat top! hikhik :)

agaknya apalah alasan yang bakal dicipta esok. kita tunggu dan lihat. aku tengok press dorg da macam takde idea bernas dan logik. lantak p la hampa sume! :P

aku saje nak bikin panas - kat bawah ni antara komen2 penyokong indon,jadi meh kita imbas balik ape yang aku dapat dari harian metro.

"HA HA...laser jadi kambing hitam, nanti kalau di senayan kalah lagi kambing hitamnya ada nggak ya?... yada yada yada"


"Positif thinking saja..kalo mau jujur, saat Indonesia vs Malaysia di senayan, ketika gol kelima dicetak irfanbachdim terlihat jelas di wajah kiper Malaysia ada sinar laser hijau. coba lihat."


"Markus terlalu emosional, mudah terpancing provokasi penonton yang akhirnya mengganggu konsentrasi pemain belakang. yada yada yada.." 


antara komen komen pas first leg harituh. banyak sangat. & malas nak taip. act, aku x sabar nak tengok reaksi & apakah alasan alasan lain selepas  second  leg esok pagi kat harian metro.


zzzZZZzzz 


note: ada masa esok,aku wat entry khas untuk harimau malaya. aummm aummm.

Friday, December 24, 2010

lima bintang pun tak macam nihhh :)


seperti biasa bila tiba cuti semester, perkara pertama yang menghantui para remaja, khususnya yang sedang menuntut di menara gading, ialah kegemukkan. masalah ini sering menghantui kita kita semua. masakan tidak, lauk pauk yang disediakan oleh suri rumah sepenuh masa yaitu ibu ibu kita sekalian, memang versatil sekali. (apehal ayat macam karangan budak darjah 6 ni?) teeheehee. yela, untuk kes seperti aku ni, time weekend ataupun sebulan sekali baru dapat air tangan mak bonda. kalo x, memang hari hari jemu makan nasik kt foodcourt seksyen 2 sambil tengok tikus siap wat marathon keliling satu kedai. kalo nasib baik, dapat perisa tambahan. free free dapat minum air special-teh o ais lipas. erkkk

bila da start semester break,jarang sekali mak bonda masak yang tak sodap sodap. sume sodap sodap belake. rugi kalau tak tambah nasik. rugi wohhh. nasib la hampa kan. so aku berbesar  hati kembang kuncup kembang kuncup wat preview hari ni menu mak bonda. bukan hape, instead korang tergerak hati nak makan free, boleh la wat order. ceihhh, siap promote. 

untuk malam ni, bukan calang calang chef boleh masak. ntah ntah chef wan, chef ila, chef zamri pun x boleh beat tahap kesedapan masakan mak bonda aku. terkencing kencing dorang nak beat. wahh, kerek gler ayat kaw :) hahaha. 

rugi wohh kalo nasik tak penuh 1 pinggan. :)
memang tak sah kalo lauk besh besh cenggini tak tambah nasik 2 3 kali. nasik tuh plak lembut sejibik sejibik macam marshmallow (tipu la sangat) :p pastu memang bertambah selera sejak pakai pinggan baru seperti di atas. siap ada bunga bunga. 

Ikan pari masak kenchor sentuhan manis isteri solehah.
jadi inilah yang dicanang satu malaya. aku da kate mane mane chef tak boleh beat punyer. silap silap dorang mintak resipi kat aku. hoho. aniweyy,jangan terpedaya dengan nama yang begitu unik dan panjang, percayalah bahawasanya cara penyediaannya amatlah simple.

Pucuk ubi sexy melenggang
ha. tengok pada nama yang diberi pun korang akan tahu rasanye sangat sexy. menggiurkan gituhh. (sexy ka?). tang mana sexy pun sukar diperjelaskan. 

seterusnya aku percaya, tanpa beliau hidup anda tidak ada ertinya. cewahhh, padehal kicap je pun. tapi x de serinya kan makan tanpa kicap. ayat sadis glerr.

Hablal sahaje. kalo x, merajuk 2 minit. teeheehee
kalau da makan mestilah ade airnye kan? mane la tau tiber tersedak kot kot mak mentua sebut nama dari jauh, air tinggal capai je kat tepi. bluup bluup bluup. takpun kalo sesape yang makan memnag berlaukkan air, air memang wajib ada. nahhh, aku suggestkan korang minum ni. cewahhhh. gedik gedik nak promote. bajet giler macam omputih. air kosong memang da x layan. awal awal tolak jauh. memang gler demand ni. hikhik

minumlah blisss! perot sihat dan kuat! ya ar awww :p
dan akhir sekali sebagai pencuci mulut, juga pencuci tangan dan kaki, ini dia. kalo nak tau, yang putih putih tu marshmallow.siap ade bijik kacang, taik gigi etc. sedap woohhhh :p

orang bujang x sah kalo x kecah kecah. haha
promote wall's, sile sponsor lagi taun depan :)
sejak due menjak ni, eskrem nak mahal mahal jek. tekak ni kadang kadang x boleh da terima eskrem murah murah. cewahhhh, bajet wall's ni mahal sangat la? murah je pon. :p memang kurang tahap kesedaran sivik btol la. eh eh ape kutok kutok penaja ni? 



so, begitulahhh kesekelian kalinya. amacam, gua da sound awal awal. kan da meleleh air liur tuh. eh eh kaver cikit mulot tuh. malu la sikit. cukuplah untuk hari ni. pompuan pompuan diluar sana tak terchallenge ke? hikhik. chef wan tlg jangan nak cemburu jeling jeling kat situh. da da go bek n prektis.pfffff :) untuk anak anak perantauan pula, makanlah sepuas puas air tangan mak anda, kang da p jauh jauh jenuh nangis, pastu telepon mintak resipi. 

sekian.
yang benar; syafiqrahim.

pssst : makanlah dengan berhemah. mulakan dengan bismillah.diakhiri dengan salam alhamdulillah.
pssssst : gua da penin, mcm ne nak rotate gambar seperti kicap & bliss bagi die menegak?