Showing posts with label relatives. Show all posts
Showing posts with label relatives. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

The choosen one :)

peace be upon u! :)


Disebabkan sekarang musim tengkujuh. maka bertimbun timbunlah aktiviti kebiasaan tergendala. sebagai seorang anak, seorang student yang bajet mengamalkan aktiviti sihat dengan berbasikal di petang hari, maka aku begitu & tersangatlah kecewa. (bajet fit, tapi makan tah pape kan). haha. jangan ditangisi rahmat Tuhan. jangan begitu gedik ye weyh. bile panas membahang, harapkan agar hari hujan. tapi bila da hujan gini memanjang, nak kan pula supaya mentari muncul.

korang bayangkan aku begini.seperti die. mantap kan? hikhik
sumber: klik di sini :)

Nasihat kepada adik adik diluar sana, jangan girang sangat bermain hujan. kelak merana diri ohhhh. Lupakan soal cuaca yang tak menentu dan lupakan juga ingatan kita kepada adik adik yang bermain hujan sebentar tadi, mari kita bercerita perihal yang lain pula.


selain melakukan aktiviti yang dinyatakan seperti yang tertera seperti perenggan di atas, aktiviti seharian aku tidak hanya tertakluk hanya makan dan minum serta membesarkan punggung pipi, malah aku juga secara tidak langsung bergiat secara underground melatih sepupu aku bagi memantapkan skil skil pemanduan beliau. jangan terkentut mahupun terkejut kerana bukan calang calang orang dipilih menggalas tugas tersebut. malah audition telah diadakan secara serentak di seluruh negara. dan akhirnya, aku telah terpilih. keh keh keh. *temberang lah ko* jadi secara samar samarnya dapatlah korang bajet kan aktiviti masa senggang aku time cuti sem ni. so, tak de la aku membabi buta menyemai tahi mata tatkala seharian dirumah. 

salah satu contoh aktiviti kurang sihat. 


sembang punyer sembang, secara sedar ataupun separa sedar, harini da masuk 23hb. bermakna cuti sem aku berbaki 10-13 hari lebih kurang. (maaf, aku fail bab mencongak). teeheehee. tak dapat menerima hakikat bahawa selepas ni dah kena menghadap buka, busy settlekan assingment, dating dating. hoho. 


apa apapun azam 2010 compeletely x tercapai. nampak sangat hangat hangat najis ayam. jadi untuk yang akan datang. bagaimana? aku secara semangatnya da catit itu dan ini konon konon nak jadikan sebagai azam 2011 punyer, tapi kite tengokla nanti. teeheehee.




Thursday, November 18, 2010

:) mood raya

amaran: entry ini teralu panjang. :)

tidaklah terlalu lewat bagi aku untuk mengucapkan salam eidul adha kepada semua. hari ini, kelmarin & kelmarin terlalu capek sehingga kerja2 mengupdate blog ni terbengkalai. semoga kita semua mendapat keberkatan & rahmatNya.amiin :)

bercerita tentang hari raya haji ni, tiada ape yang meriah bukan seperti mana kebiasaan di aidilfitri. jadi aku x perlulah sibuk2 buat itu, ini & b'macam lagi. itu yg paling aku suke. hahaha. spt biasa bangun pagi, aku bujang contoh yek. ready utk solat sunat dimasjid. sementara menuggu turn utk mandi, jadi aku ambik la peluang utk melelapkan mata sebentar. nk dijadikan cerita,at last aku bersolat sunat di atas katil. (x sengaja okeyhhh)..aku pn x tau knp? kenapaaa? (wat-wat sedih kunun)..ok tutup cerita.

akhirnya stlh patah hati ditinggalkan oleh bapak & adik, terus aku membawa diri mengelilingi kampung bagi mengubati hati yang luka lara. menonton perlawanan gusti antara penduduk kampung dengan lembu kurban. sungguh mantap macam asian game!

layan sikit 1 2 gambar yg sempat aku hamek gune iporn aku;


ok.aidiladha kt kampung aku sangat bosan kan? cissss..

sehari sebelum aidiladha, mood aku agak stabil kerana...kerana apa? kerana...lu pikirla sendiri.ok  aku gtau. ini kerana besday aku telah jatuh pada hari tersebut. dapat gak berkat aidiladha. jadi, berbondong bondong ucapan aku dpt--> fb, msg n also phone calls. tq guys. no cake no presents. aku x perlukan semua itu. cehhhh, tp kalo dapat lg best kan? hikhik. 

on that day juga, birthday yg sama juga untuk sepupu aku & also 2 org senior aku. HAPPY BELATED BIRTHDAY BEBEH! hikhik. ramai betoi nak sama besday dengan aku. sungguh aku x paham. plus one good news, congratulations to abg dd n kak noya kerana telah mendapat baby boy mereka yang pertama. apa yang menarik, baby boy depa dilahirkan on that day. 

gumbira bukan? alhamdulillah. tp,biler lagi ntah turn aku nak dapat anak ni? cehhh, gatai sunnguh na. berangan nak ada anak. anak kucing pun tak terbela, inikan pula nak ada anak sendiri. takpe, sikit mase lagi. sabarlah cikit na. ingat kahwin ni macam main time kecik-kecik dulu ke? hehe. ok, nanti aku nak anak ramai-ramai. biar berkembang zuriat aku. fuhhh, angan-angan. tinggi kelangit! :)

ok.aku da start merepek, layan la plak gambar baby boy. 



 

tahniah again to abang didi n kak noya. mesti tokcik n uncle gembire bukan kepalang. semoga kalian sihat sejahtera & semoga mendapat haji yang mabrur. pulang saja dari mekah, kalian bukan saja mendapat satu pangkat tapi dua sekaligus- datuk, nenek & haji, hajjah. hehe

nota kaki: kuching is waiting me! yahoooooo :)